PENGENALAN
Aplikasi terkini media
sosial membuka ruang dan peluang kepada masyarakat masa kini mewujudkan
hubungan secara maya tanpa perlu menghadirkan diri dalam ruang lingkup
persekitaran sosial yang nyata. Rentetan dari itu, persekitaran ini telah
menjadi penyumbang kepada pandangan negatif sesetengah pihak yang menganggap
mereka bebas untuk melakukan apa sahaja yang diingini tanpa mempedulikan adab,
nilai dan etika sebagai pengguna media sosial.
Peradaban bangsa
menjadi kayu pengukur tahap ketamadunan manusia yang merujuk kepada
perkembangan nilai sosial kelompok masyarakat tertentu. Adab bersosial dalam
kalangan masyarakat kini menjadi runcing akibat persekitaran sosial yang
terlalu terbuka dan diluar kawalan. Perkembangan teknologi komunikasi telah
memungkinkan aktiviti sosial sekelompok masyarakat tertentu berlaku di luar
peradaban Islam.
Kerukunan hidup orang Melayu
adalah berteraskan nilai dan etika Islam seperti bersopan santun, bersangka
baik, memberi pertolongan, menjaga kerukunan dan saling menghormati. Nilai dan
etika itu kebelakangan ini kelihatan semakin terhakis akibat perkembangan gaya
hidup seperti yang dipancarkan dalam media sosial. Penggunaan media sosial
seperti Blog, E-mel, Facebook, WhatsApp,
Instagram, Twitter dan sebagainya membolehkan penyebaran berita palsu,
penipuan atas talian, jenayah siber dan sebagainya berlaku secara berleluasa
sehingga ia menjadi gangguan dan ancaman
kepada kerukunan hidup seharian.
Penulisan
ini akan membincangka sejauh manakah nilai dan etika masyarakat Melayu boleh
mengekang penyalahgunaan media sosial.
2. APAKAH MEDIA SOSIAL?
Media sosial merupakan
sejenis alat yang digunakan terus secara talian dengan membolehkan para
pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi, dan mencipta isi meliputi
blog, rangkaian sosial, wiki, forum dan dunia virtual. Blog, rangkaian sosial dan
wiki merupakan bentuk media sosial yang paling umum digunakan oleh masyarakat
di seluruh dunia. Jika media tradisional menggunakan media cetak dan media
penyiaran, maka media sosial menggunakan internet.
2.1. Definisi Media Sosial.
Terdapat beberapa pengertian
mengenai media sosial telah dirumuskan oleh berbagai pihak, baik dalam kajian
komunikasi mahupun kajian lain. Menurut Carr dan Hayes, definisi atau
pengertian yang telah dirumuskan seringkali merujuk media sosial pada tiga hal
utama iaitu:
- Teknologi digital yang menekankan pada user-generated content atau interaksi.
- Karakteristik media.
- Jejaring sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, dan lain-lain sebagai contoh model interaksi.
i. Andreas Kaplan dan Michael Haenlein.
Mendefinisikan media sosial sebagai "sebuah kumpulan aplikasi berasaskan internet yang membangun atas dasar ideologi dan teknologi Web 2.0, dan yang membolehkan penciptaan dan pertukaran. Sementara itu, jaringan sosial merupakan laman di mana setiap orang boleh membuat laman web secara peribadi, kemudian berhubung dengan rakan-rakan untuk berkongsi maklumat dan berkomunikasi.
ii. McGraw Hill Dictionary.
Media sosial adalah sarana yang digunakan oleh orang-orang untuk berinteraksi satu sama lain dengan cara menciptakan, berkongsi, serta bertukar informasi dan gagasan dalam sebuah jaringan dan komunikasi virtual.
iii. Varinder Taprial dan Priya Kanwar (2012).
Media sosial adalah media yang digunakan oleh individu agar menjadi sosial, atau menjadi sosial secara daring dengan cara berkongsi isi, berita, gambar dan lain-lain dengan orang lain.
iv. Mark Hopkins (2008)
Sosial media adalah istilah yang tidak hanya merujuk kepada berbagai platform Media Baru tetapi ia juga berkaitan sistem seperti FriendFeed, Facebook, dan lain-lain yang pada umumnya dianggap sebagai jejaring sosial. Dengan kata lainnya bahawa berbagai platform media yang memiliki komponen sosial dan sebagai media komunikasi umum.
v. P.N. Howard dan M.R Parks (2012).
Media sosial adalah media yang terdiri atas tiga bagian, yaitu : Insfrastruktur informasi dan alat yang digunakan untuk memproduksi dan mendistribusikan isi media, Isi media berupa pesanan peribadi, berita, gagasan, dan produk-produk budaya yang berbentuk digital, Kemudian yang memproduksi dan mengkonsumsi isi media dalam bentuk digital adalah individu, organisasi, dan industri.
vi. Michael Cross (2013).
Media sosial adalah sebuah istilah yang menggambarkan bermacam-macam teknologi yang digunakan untuk mengikat orang-orang ke dalam suatu kolaborasi, saling bertukar informasi, dan berinteraksi melalui isi pesan yang berasas web. Internet selalu mengalami perkembangan, maka berbagai bentuk teknologi dan fitur yang tersedia untuk pengguna juga selalu mengalami perubahan. Hal ini menjadikan media sosial lebih hipotesis dibandingkan sebuah sumber rujukan khusus terhadap berbagai penggunaan atau rancangan.
vii. Caleb T. Carr dan Rebecca A. Hayes (2015).
Media sosial adalah media berasaskan Internet yang membolehkan pengguna berinteraksi dan memperkenalkan diri, baik secara seketika ataupun tertunda, secara umum ataupun tidak yang mendorong nilai dari user-generated content dan persepsi interaksi dengan orang lain.
2.2. Jenis Media Sosial, Penggunaan dan
Populariti.
Jaringan sosial terbesar antara lainnya ialah Facebook, WhatsApp, Instagram dan Twitter. Media sosial mengajak sesiapa sahaja yang berminat untuk berhibur dengan memberi sumbangan dan maklum balas secara terbuka, memberi komen, serta berkongsi maklumat dalam masa yang cepat dan tidak terhad.
Ketika teknologi internet dan telefon bimbit semakin maju maka media sosialpun ikut membangun dengan pesat. Kini untuk mengakses facebook atau twitter misalnya, boleh dilakukan di mana-mana saja dan pada bila-bila masa hanya dengan menggunakan sebuah telefon bimbit. Begitu pantasnya seseorang boleh mengakses media sosial mengakibatkan terjadinya fenomena besar terhadap arus maklumat tidak hanya di negara-negara maju, bahkan juga di Malaysia. Kerana kelajuannya media sosial juga mula tampak menggantikan peranan media massa konvensional dalam menyebarkan berita-berita.
Kepesatan perkembangan media sosial kini kerana semua orang seperti boleh memiliki media sendiri. Jika untuk memiliki media tradisional seperti televisyen, radio, atau akhbar memerlukan modal yang besar dan tenaga kerja yang banyak, maka lain halnya dengan media. Seorang pengguna media sosial boleh mengakses menggunakan media sosial dengan rangkaian internet bahkan yang aksesnya lambat sekalipun, tanpa bayaran besar, tanpa alat mahal dan dilakukan sendiri tanpa pekerja. Pengguna media sosial dengan tidak boleh menyunting, menambah, mengubah suai baik tulisan, gambar, video, grafik, dan pelbagai model kandungan lain.
Menurut Antony Mayfield dari iCrossing, media sosial adalah mengenai ‘menjadi manusia biasa’. Manusia biasa yang saling berkongsi idea, bekerjasama, dan bekerjasama untuk mencipta ciptaan, berfikir, berdebat, mencari seseorang yang boleh menjadi kawan baik, mencari pasangan, dan membina sebuah komuniti. Terasnya, dengan menggunakan media sosial menjadikan kita sebagai diri sendiri. Selain kelajuan maklumat yang boleh diakses dalam beberapa saat, menjadikan diri sendiri dalam media sosial merupakan alasan mengapa media sosial berkembang pesat.
Berdasarkan statistik terkini, penggunaan harian media sosial oleh pengguna Internet secara global telah mencecah 106.2 minit sehari berbanding 103.2 minit sehari pada 2014. Facebook masih media sosial paling popular pada 2015 dengan 1.5 bilion pengguna aktif sebulan.
3. PERANAN DAN KESAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL
Fenomena media sosial begitu popular
masa kini dan jumlah penggunanya amat tinggi. Bagi kebanyakan pengguna tegar
media sosial, masa penggunaan boleh mencecah melebihi 12 jam sehari. Keadaan
ini tentu merunsingkan ramai pihak seperti ibu bapa, suami, isteri dan majikan.
Pada pandangan mereka, produktiviti kerja pasti menurun kerana banyak masa
terbazir pada media sosial yang dianggap tidak berfaedah. Namun bagi pengguna
media sosial, masa tersebut tidak sia-sia kerana mereka mendapat banyak manfaat
daripada interaksi di alam siber.
Masyarakat kini telah
menjadikan penggunaan laman sosial di internet sebagai medium untuk mengisi
kekosongan waktu mereka. Hal ini disebabkan oleh aplikasi yang terdapat di
laman sosial yang canggih dapat menarik perhatian umum. Secara tidak langsung,
penggunaan laman sosial telah memberikan kesan positif dan negatif terhadap
gaya hidup masyarakat masa kini.
3.1. Peranan Media Sosial.
Masyarakat dunia termasuk di Malaysia kini mempunyai gaya hidup berteraskan digital. Hampir semua urusan seperti perbankan sehingga ke memesan makanan dapat dilakukan dengan menggunakan peralatan digital. Berdasarkan gaya hidup ini dan penularan penggunaan media sosial, ramai pihak yang mengambil kesempatan untuk berkongsi maklumat, memberi komen, gossip termasuklah berniaga secara atas talian. Penggunaan media sosial yang bijak mampu mendatangkan pendapatan lumayan kepada pelbagai usahawan Internet yang dahulu terhad pasarannya. Media sosial juga digunakan oleh pelbagai pihak termasuk Kerajaan Malaysia untuk menyampaikan khidmat berguna dengan kos yang amat murah. Media sosial turut digunakan oleh masyarakat luar bandar, ia berperanan menghubungkan ahli keluarga yang berjauhan. Media sosial juga boleh digunakan untuk berdakwah.
Media sosial berperanan menjadi pengantara atau media di alam siber untuk membolehkan penggunanya mencipta pelbagai maklumat berkenaan pelbagai perkara secara santai dalam bentuk teks, gambar dan video yang dikongsikan kepada rakan-rakan dalam suatu rangkaian maya.
Melalui media, pengguna komputer tidak lagi perlu keluar dan dapat bersembang atau berkongsi pendapat dengan rakan mereka secara maya. Kawan-kawan baru juga mudah diperoleh kerana berbanding di dunia sebenar tiada batasan atau sekatan pergaulan dalam alam maya. Penggunaan media sosial seperti kemudahan streaming video membolehkan warganegara Malaysia di luar negara mengetahui apa yang berlaku di tanah air secara langsung atau secara siaran tertunda.
Universiti awam di Malaysia sedar kecanggihan teknologi media sosial tersebut boleh digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Kaedah blended learning atau pembelajaran campuran menjadi lebih efektif apabila digabungkan dengan media sosial.
3.2. Kesan Penggunaan Media Sosial
Di alam siber, seorang pengguna boleh diwakili oleh sebuah avatar atau imej yang jantina, ras, kewarganegaraan, kerja, status perkahwinan, watak dan usianya boleh berbeza dengan keadaan di alam sebenar. Seorang lelaki tua boleh memberikan imej jejaka kacak yang muda dan kaya. Begitu juga seorang wanita boleh menyamar sebagai gadis ayu yang belum berpunya sedangkan mungkin sudah bersuami dan beranak enam. Situasi sedemikian amatlah dibimbangi, ini kerana hanya pentadbir media sosial berkenaan sahaja yang mengetahui peribadi sebenar, pengguna yang berniat jahat mudah mempengaruhi rakan media sosial lain dan melakukan pelbagai tindakan yang akhirnya menyebabkan kerugian wang ringgit, harta benda dan maruah.
Di Malaysia, penggunaan media sosial begitu meluas dan ramai warganegara melanggani beberapa aplikasi serta mempunyai lebih daripada satu akaun. Dengan kemudahan membentuk kumpulan atau komuniti, apa yang dimuat naik oleh pengguna akan diterima oleh semua ahli dalam kumpulan maya tersebut. Sesuatu berita begitu cepat merebak dan menjadi viral kerana setiap maklumat yang dikongsi akan cepat dimajukan kepada pengguna laman sosial yang lain.
Terdapat kajian menunjukkan lebih ramai yang malas untuk berfikir lama dan mudah mempercayai maklumat yang diperoleh dari pelbagai aplikasi media sosial sebagai sahih. Oleh itu, media sosial bertukar menjadi satu wahana yang efektif untuk menyebarkan khabar angin dan fitnah.
Masyarakat perlu dididik untuk lebih bertanggungjawab ketika menggunakan media sosial. Pelbagai kaedah boleh digunakan untuk memastikan pengguna mematuhi undang-undang dan menggunakannya secara beretika. Pendidikan boleh membentuk budaya bermedia sosial yang lebih efektif, mampan dan sesuai dengan nilai murni.
Media sosial mempunyai tanggungjawab kepada masyarakat dan patut beroperasi mengikut undang-undang dan berlandaskan hak asasi individu. Seseorang yang menyalahgunakan rangkaian media sosial atau media baharu seperti laman sesawang, WhatsApp, Twitter, portal, Facebook, blog, webtv, dan untuk menyebar berita palsu, lucah, mengancam keselamatan dengan niat menyinggung perasaan, menganiaya, mengugut atau mengganggu orang lain boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan jika didapati bersalah, boleh didenda RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.
4. NILAI DAN ETIKA MASYARAKAT MELAYU DALAM MENDISIPLINKAN PENGGUNA MEDIA SOSIAL.
4.1. Adat Melayu dan Natijahnya
Dalam konteks hukum adat, individu-individu dalam masyarakat Melayu dapat digabungkan di bawah satu sistem norma dan nilai yang seragam. Adat bukan sahaja dapat menghapuskan bibit-bibit konflik antara ahli-ahli masyarakat yang berbagai darjat dan karenah itu, malahan ianya juga berfungsi dalam membentuk peribadi, budaya dan jatidiri sesuatu bangsa itu. Bangsa melayu sememangnya mempunyai adat yang unik dan khusus, dari cara pemakaian, bahasa, tatacara, faham dan resam. Inilah yang dikatakan sebagai keseragaman nilai dan norma yang menjadi sebahagian dari perilaku dan identiti Bangsa Melayu sebagai satu bangsa yang menganut agama Islam.
Dunia tanpa sempadan serta fenomena ledakan media sosial masa kini telah banyak menghakis tutur bahasa, adab dan etika sosial, oleh itu nilai budi menjadi kian menipis. Peralihan peradaban dunia tanpa sempadan yang kian berkembang turut mengurangkan keindahan berbahasa dan adab sopan yang luhur, digantikan dengan kosa kata yang lebih hipster yang menjadi ikutan anak muda.
4.2. Adab dan Etika di Media Sosial
Kemajuan teknologi media sosial masa kini membolehkan manusia berhubung antara satu sama lain. Namun disebalik kemajuan tersebut terdapat impak negatif akibat dari pelanggaran etika oleh pengguna-pengguna laman sosial yang tidak berdisiplin dan tidak beradab. Setiap pengguna laman sosial seharusnya faham tentang adab dan etika serta sedia bertanggungjawab terhadap segala makluman yang ingin dikongsi kepada umum. Mereka harus sedar bahawa kesan akibat dari pelanggaran etika sewaktu melayari laman sosial bukan sahaja boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri sahaja, malah ia boleh mengancam keselamatan orang lain dan masyarakat umum. Perbuatan tersebut juga boleh menggugat ketenteraman dan keselamatan sesebuah negara.
Bangsa melayu yang menganut agama Islam pastinya akan menuruti segala peraturan dan etika yang terkandung di dalam syariat Islam itu sendiri. Perkara berkaitan adab, akhlak dan etika sememangnya terkandung dalam ajaran Islam dan seluruh umat wajib mematuhinya. Selagi mana seseorang itu patuh dengan ajaran Islam, pastinya akan terhindar dari pelanggaran adab, nilai dan etika dalam kehidupan harian termasuklah dalam penggunaan media sosial.
4.3. Muraqabah
Setiap pengguna laman sosial mesti mengetahui, faham dan sentiasa mematuhi etika sewaktu menggunakan laman sosial. Muraqabah bermaksud merasa selalu merasa diri sentiasa diawasi oleh Allah S.W.T. Jika setiap pengguna media sosial sentiasa bersikap muraqabah pasti akan mampu mengawal diri daripada melakukan perkara yang melanggar etika dan adab sewaktu melayari media sosial dan internet, setiap maklumat dan komen yang ingin di kongsi tidak akan melampai batas dari yang sepatutnya.
4.4. Tidak Mempamerkan Bahan Pornografi.
Era kecanggihan internet mendedahkan satu lagi cabaran getir iaitu serangan bahan pornografi melalui web. Kini ratusan ribu laman web sedia mendedahkan gambar lucah yang boleh merosakkan pemikiran umat Islam khususnya. Islam mensyariatkan umatnya supaya menutup aurat lebih-lebih lagi kaum wanita. Begitu juga lelaki mempunyai batasan-batasan yang wajib ditutup.
Pemaparan video atau gambar pengguna dalam jaringan sosial adakalanya di luar batasan adab, adat melayu dan agama Islam yang berkaitan pergaulan dan aurat. Ketertiban agama dan budaya seakan menjadi aspek terkemudian setelah kepuasan dan motif pengguna itu dipenuhi. Sebagai contoh, pemaparan gambar yang melibatkan pendedahan aurat dan adakalanya dalam aksi yang keterlaluan telah menjadi perkara biasa kepada individu berkenaan tanpa ada segan silu. Mungkin kesedaran dalam hukum Islam dan pengetahuan yang rendah dalam konteks adab aurat.
Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan budi bahasa, adab sopan yang tinggi, Islam telah menjadikan bangsa melayu lebih bertamadun melalui ajaran yang terkandung didalamnya. Hal ini berkaitan pelanggaran etika seperti memuat naik gamber lucah dan sebagainya adalah dilarang di dalam Islam, aspek keimanan adalah penting bagi memastikan perkara sebegini tidak berlaku.
4.5. Penerapan Nilai Adab Dalam Penulisan
Kaitan antara cara berkomunikasi sesama manusia dalam satu hubungan sosial sama ada komunikasi secara terbuka atau melalui bantuan talian seperti telefon, internet voice chatting dan live video protocol, pertuturan adalah metod komunikasi yang biasanya dilakukan. Namun, cara komunikasi melalui penulisan adalah aktiviti komunikasi yang utama dalam jaringan sosial sebagai ciri utama pengguna menyampaikan maksud mereka pada khalayak pengguna yang lain. Proses sosialisasi berlaku apabila pengguna menulis sebarang aktiviti yang mereka lakukan, mengekspresikan perasaan mereka serta memberi komen terhadap post yang dilakukan di wall pengguna lain.
Antara sedar atau tidak, penggunaan bahasa dan ketertiban budaya dalam lengok bahasa dilupakan akibat keghairahan aktiviti ‘penulisan bebas’ di wall jaringan sosial berkenaan. Sehinggakan penggunaan perkataan yang diluar tahap kesopanan bahasa tidak mempamerkan struktur nilai-nilai sebagai umat Islam.
Al-Quran telah dengan jelas menganjurkan umatnya bercakap dengan perkara-perkara yang sopan dan tidak sia-sia. Ekspresi perasaan seperti memarahi seseorang, luahan hati dan meletakkan diri mereka sebagai yang terhebat, melengkapkan lagi kurangnya pengamalam nilai-nilai luhur dalam adab pergaulan Islam. Peradaban bangsa menjadi kayu pengukur tahap ketamadunan manusia yang merujuk kepada perkembangan nilai sosial kelompok masyarakat tertentu. Perkembangan teknologi komunikasi bangsa melayu pasti akan menjadi lebih mantap sekiranya ajaran Islam dipatuhi.
4.6. Prinsip Kesopanan dan Kesusilaan
Di Malaysia, prinsip Rukun Negara merupakan tonggak negara yang dipegang oleh bangsa Malaysia dalam melahirkan rakyat berpaksikan kepada satu tunjang utama prinsip kehidupan. Merujuk prinsip kesopanan dan kesusilaan secara langsung adalah berkaitan dengan praktikaliti hubungan di kalangan rakyat Malaysia. Nilai ini adalah intisari komunikasi yang seharusnya diamalkan dalam perhubungan manusia, dan ianya dikaitkan dengan tahap peribadi individu.
Sebagai contoh, ‘cakap berlapik’ dianggap sebagai nilai yang baik di kalangan orang Melayu. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh pelbagai perubahan persekitaran, seperti sifat keterbukaan dalam ruang siber (Hargittai, 2007), rasa terpinggir, secara nyata atau tidak, menyebabkan sifat kesopanan dan kesusilaan yang merujuk kepada budi telah terhakis sedikit demi sedikit. Budi dikategorikan dengan jelas dalam prinsip kelima rukunegara sebagai prinsip kesopanan dan kesusilaan yang mementingkan peradaban dan ketertiban diri dalam hubungan sesama manusia. Budi mencorakkan aspek sosial dalam mewujudkan hubungan antara manusia melalui penekanan tahap kesopanan dan kesusilaan dalam hubungan sesama kaum di Malaysia.
4.7. Praktis Adab Melayari Internet Sebagai Ibadah
Dalam konteks penggunaan media sosial masa kini, penyebar maklumat tidak boleh menyebarkan sesuatu maklumat dengan niat takabur dan riak ataupun sengaja disensasikan bagi tujuan kemegahan atau kebongkakan kecuali ke atas musuh yang zalim. Penyebar maklumat hendaklah memberi keutamaan kepada penyebaran maklumat yang diperlukan oleh umum mengikut hirarki dan prioriti keperluannya. Penyebar maklumat tidak harus menyebarkan sesuatu maklumat yang tidak pasti dan bukan ahli dalam bidang tersebut.
Sebagai pengakses maklumat pula tidak digalakkan mempersoalkan terlalu banyak kemusykilan remeh temeh sehingga mencetuskan situasi membingungkan. Pengakses maklumat juga tidak harus menjalankan ujian terhadap sumber maklumat dengan tujuan menyerlahkan kelemahannya kecuali untuk menyelidiki kualiti autoriti dan keadilan peribadi sumber tersebut mengikut kaedah sewajarnya. Penyebar maklumat perlu memiliki matlamat ke arah menjadikan sasaran pengakses menjadi semakin baik atau lebih cemerlang dengan maklumat yang disampaikan.
4.8. Mengelakkan Sebarang Pendustaan
Islam menegah ummatnya berbohong serta mengelakkan sebarang pendustaan dalam menggunakan internet. Pendustaan disini merujuk kepada penipuan atau pembohongan maklumat yang diletakkan di dalam laman web, blog atau sebagainya. Sebagai contoh, dalam penulisan blog yang memberi maklumat salah dan tidak tepat. Oleh yang demkian, pendustaan tersebut akan tersebar luas dan puncanya adalah dari penulis yang telah dibuat. Sebagai seorang pengguna perlu bijak memilih maklumat yang dicari dan tidak menerima bulat-bulat terhadap maklumat yang diperoleh.
4.9. Menggunakan Internet dengan tujuan yang baik atau medan mendapatkan ilmu.
Islam tidak pernah menentang kehadiran teknologi. Walaubagaimanapun, Islam telah meletakkan adab dan etika tersendiri dalam mengaplikasi teknologi dalam kehidupan yang mana telah wujud satu abad yang lalu. Umat Islam perlu lebih berhati-hati terhadap input-input yang diletakkan di dalam pelbagai aplikasi media sosial kerana ianya dapat member kesan terhadap ketakwaan kepada Allah yang Esa.
Islam merupakan agama yang syumul. Lantas, seluruh aspek kehidupan masyarakat melayu tidak akan terpisah selagimana syiar Islam dilaksanakan dengan sebaiknya. Segala hukum-hukum yang diperundangkan adalah bermatlamat untuk pembentukan akhlak dan siasah seseorang walau dimanapun ia berada.
5. KESIMPULAN.
Penggunaan laman sosial
mampu mendatangkan pelbagai kebaikan dan keburukan kepada si penggunanya. Namun
impak negatif yang wujud harus diberi perhatian yang serius oleh semua pihak
agar teknologi ini dapat memberi manfaat terbaiknya.
Keseragaman nilai,
resam dan norma dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni dan sentiasa hidup
dalam jiwa keislaman. Merujuk kepada istilah ‘Melayu itu Islam’ iaitu
nilai-nilai murni yang berjiwa Islam seperti amalan muafakat, gotong royong,
budiman, budi pekerti, balas budi, adab, sabar, santun, setia, takzim, hormat
dan banyak lagi. Nilai-nilai murni ini banyak berkait dengan soal hati, yang
mana dikatakan bahawa hati itu adalah penghulu pancaindera. Maka tidak
hairanlah adat yang diamalkan ini memartabatkan Melayu sebagai bangsa yang
mempunyai kerohanian tinggi.
Secara dasarnya, pembangunan
ciri-ciri baru dalam jaringan sosial telah meletakkan jaringan sosial seperti
Facebook, Twitter dan MySpace di tangga teratas kepada pengikut dan pengguna
setia kepada jaringan sosial berkenaan. Pengaplikasiannya memerlukan proses
pemaparan diri dengan sedikit sebanyak membuka ruang kepada pengguna memaparkan
diri mereka supaya kelihatan lebih menarik kepada pihak yang lain dengan
bermotifkan mewujudkan hubungan sosial yang segera dengan ramai pengguna lain
dan menjadi popular dalam sekelip mata. Justeru itu aspek disiplin dan patuh
kepada etika sewaktu menggunakan media sosial amat perlu agar kemudahan
teknologi ini tidak disalahgunakan.
RUJUKAN
Dahlan, H. M. (1991). Local Values in
Intercultural Management. Kampus Sabah Universiti
Kebangsaan Malaysia, Fakulti
Sains Pembangunan on 21 June 2011. Malaysian Management Review 1. Pg. 45-50. http://mgv.mim.edu.my/MMR/
9104/910405.Html.
Dr. Shamsuddin Othman (2015). Modul OUM
ABMB2103 Islam dan Kebudayaan Melayu
(Edisi Pertama) Seri Kembangan:
Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Lim, K. H. (2003). Budi as the Malay Mind: A
Philosophical Study of Malay Ways of
Reasoning and Emotion in
Peribahasa. Unpublished
Dissertation. University of
Hamburg, Germany.
Mohd Yusof, Farahwahida & Muhamad Nur Afzan
(2010) Aurat Wanita Muslim Menurut
Perspektif Islam: Penerimaan Dan
Pengamalan Di Kalangan Masyarakat. Aurat Wanita Muslim Menurut Perspektif
Islam: Penerimaan Dan Pengamalan Di Kalangan Masyarakat . pp. 1-7. (Unpublished).
Romlah Ramli, PhD. Sejauh Mana Kebebasan Dalam Media
Soaial: Peradaban Sosial dan
Privasi Dalam Sempadan
Keagamaan
ABMB2103 ISLAM DAN KEBUDAYAAN MELAYU Assingment September 2017.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan